Monday, July 1, 2019

[499.19] WANITA INDIA BEBAS SABITAN EDAR DADAH



[499.19] WANITA INDIA BEBAS SABITAN EDAR DADAH

Orang tanya, "update dok Mahkamah Persekutuan, Apa keputusannya."
Kami bagi tulisan dan artikel mendidik masyarakat pasal undang-undang sahaja

Tak nak update keputusan Mahkamah
Kalau menang, happy la.
Kalau kalah, tak update nanti orang kutuk 😁
Apa pun twitter kami update selalu pasal mahkamah utk rujukan klien kami.

Wanita tadi kuat menangis. 
Mana tidak gembira, 9 tahun di penjara menanti hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan putuskan sabitan dan gantung sehingga mati kerana edar dadah.

Bersalam penuh ikhlas dan ucapan penghargaan tanpa henti dalam bahasa tamil. Nak berlutut dah tadi. Nasib baik kaki saya di luar kandang OKT.

Alhamdulillah rezeki dia utk umur lebih panjang. Ada hikmahnya. Moga dia balik India dan berkhidmat dengan baik dan jangan kawan dengan Salim dan Kadir lagi.

Gambar tu saya dengan bekas pelajar saya bagi kelas Advokasi Fakulti Undang-Undang UKM 2018 dan kini chambering di bawah rakan senior saya, Dato Hanif, Seremban.

Dah cakap dia, kalau takde beg tepi, nak letak caption bersama OKT yang dibebaskan hari ni.

Nanti kita cerita pasal Knowlegde dalam Seksyen 37(d) Akta Dadah Ber ahaya 1952
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►