Monday, July 1, 2019

[420.19] APA ASAS UNTUK KES POCA?




[420.19] APA ASAS UNTUK KES POCA?

Bacaan ringan untuk minggu ini.
Ada 3 surat pernohonan dan representasi perlu dikeluarkan bagi satu anak guam setelah reman ditambah 38 hari di bawah seksyen 4(2) #POCA di#Kedah.

Manakala #reprsentasi bagi Lembaga Pencegahan Jenayah di bawah seksyen 7B dan seksyen 11 Akta yg sama bagi tahanan #Selangor.
................................

Apa anda boleh buat jika tahan bagi POCA?

ISU #REMAN
Jika ada pernohonan reman, jika dibenarkan maka reman dibuat 21 hari terus di bawah seksyen 4(1)(a) dan jika ditolak maka tahanan dibebaskan. Boleh ditahan semula. Praktikalnya memang dibenarkan.

Jika ingin disambung reman di bawah seksyen 4(2)(1)(a) maka situasi sama seperti diatas, cuma tempohnya 38 hari.

DIBEBASKAN
Boleh memohon untuk dibebaskan sepenuhnya atau bersyarat seperti pemakaian gelung peranti elektronik melalui arahan #Mahkamah Sesyen.

KEPUTUSAN LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
Semasa Lembaga bersidang dan mendapatkan representasi terus, tahanan boleh hadir sendirian atau melalui peguambela.

Keputusan Lembaga dibuat atas hasil siasatan pegawai penyiasat di bawah seksyen 10 dan rayuan representasi boleh dibuat kpd Lembaga dalam masa 14 hari di bawah seksyen 11.

RAYUAN KEPUTUSAN
Selepas 14 hari adalah isu teknikaliti bawah seksyen 15A melalui proses #Semakan #Kehakiman.

Apa jua semakan kehakiman dibuat dalam masa 3 bulan daripada tarikh keputusan. Manakala semakan kehakiman ditakrifkan bukan sahaja prosiding menurut Aturan 53 KKM 2012 tetapi apa jua sebarang prosiding melalui permohonan seksyen 15A (2)(a) & (b), writ habeas corpus dan jua apa jua saman dan tindakan lain.

InsyaAllah nanti bincang lanjut lagi tajuk lain. 

Untuk artikel perundangan lain, sila bagi soalan anda melalui PM dan sila LIKE page kami untuk tidak ketinggalan.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►