Monday, July 22, 2019

[442.19] PEMBATALAN SAMAN & PERNYATAAN TUNTUTAN


[442.19] PEMBATALAN SAMAN & PERNYATAAN TUNTUTAN

Selaku pihak yang disaman/dituntut, Defendan mempunyai hak untuk membuat satu permohonan untuk membatalkan saman Plaintif. 

Permohonan ini adalah salah satu jenis daripada permohonan-permohonan interlokutori yang boleh difailkan oleh pihak-pihak sebelum proses perbicaraan di Mahkamah. 
Defendan boleh memfailkan satu Notis Permohonan disertai dengan Afidavit Sokongan yang menyatakan alasan-alasan mengapa tindakan Plaintif perlu dibatalkan oleh Mahkamah.

Permohonan ini boleh dibenarkan oleh Mahkamah jika didapati tindakan saman Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah, adalah remeh, menyusahkan, mengaibkan dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. 

Sekiranya permohonan ini dibenarkan pihak Defendan tidak perlu lagi diheret ke peringkat perbicaraan yang leceh dan menghabiskan masa kedua-dua pihak. 

Untuk rujukan lanjut boleh rujuk kepada kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd.

Ahmad Syahid
Peguambela & Peguamcara
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►