Monday, July 22, 2019

[441.19] PENJUAL HARTANAH MESTI LANTIK PEGUAM


[441.19] PENJUAL HARTANAH MESTI LANTIK PEGUAM

Menjadi adat orang kita bila jual rumah, taknak lantik peguam. Nak jimat. Kalau dikira congak, fee peguam 1% jual rumah berjuta-juta (contoh).

Membazir dan macam-macam alasan. Kedekut. Tapi bila bermasalah ditipu peguam, ditipu pembeli, agen dan macam-macam lagi, kerugian lebih tinggi. Malah kos litigasi mungkin akan memakan kos ratusan ribu sedangkan boleh di elakkan dengan fee peguam hanya RM5000.00 (contohnya).

Kalau tiada peguam, siapa nak uruskan hal dokumentasi rumah. Masalah berbeza mengikut rumah, masalah bank, pinjaman lama, pinjaman baru, sekatan hartanah, syarat hartanah dan macam-macam menjadikan setiap transaksi dilakukan peguam berbeza.

Jangan bandingkan "A jual rumah relaks je". Walaupun hartanah sama kawasan.

Dengan perlantikan peguam, bukan penyediaan dokumentasi lengkap, tetapi pemantauan lebih telus dalam transaksi berkenaan. Nak kira interest pun senang.

Lewat atau transaksi lambat bertahun-tahun, belum tentu interest telah bermula.

Kalau benar buat sendiri itu mudah dan tidak perlukan peguam, bank akan pakai staf dia sahaja buat A to Z. Tidak perlu bayar peguam. Insuran peguam tidak perlu berjuta-juta covernya.

Bila kita nasihat, ramai tidak mahu faham. Jadi jangan marah kalau ada masalah kelak. Jangan terlopong bila kena tipu. Jangan kedekut pula kalau kes kena di bawa ke mahkamah untuk proses litigasi.

Beringat sebelum kena.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►