Saturday, May 25, 2019

[391.19] WARIS PUSAKA TIADA HAK SEHINGGA PENTADBIRAN TANAH SELESAI




[391.19] WARIS PUSAKA TIADA HAK SEHINGGA PENTADBIRAN TANAH SELESAI

Copy and paste - Kredit kepada peguam Encik @Ali Munawar, Kedah
................................

Mahkamah Rayuan: Waris harta pusaka tidak mempunyai hak atau kepentingan atas tanah pusaka dan justeru itu tiada kapasiti untuk menjual tanah pusaka selagi pentadbiran tanah tersebut belum selesai.

" [26] .....Mohd Din bukan pemegang amanah; bukan pentadbir pusaka dan bukan pemilik berdaftar atas tanah tersebut. Walaupun Mohd Din sebagai anak Sora dan cucu Haji Omar mungkin merupakan waris ke atas pusaka Haji Omar, beliau tidak mempunyai hak atau kepentingan ke atas hartanah tersebut selagi pentadbiran pusaka belum selesai. Memandangkan Mohd Din tidak mempunyai hak atau kepentingan ke atas tanah tersebut, beliau tidak mempunyai kapasiti untuk menjual tanah tersebut kepada Shaharudin seperti telah diputuskan dalam kes Chor Phaik Har v Farlim Properties Sdn Bhd [1997] 4 CLJ 393...........

[28] Memandangkan, Mohd Din tidak mempunyai "title and interest" atas tanah tersebut untuk dipindahmilik kepada Shaharudin, maka Mahkamah ini mendapati Shaharudin juga tidak mempunyai apa-apa "title and interest" untuk dipindah atau dijual kepada Defendan Pertama. Mahkamah ini mendapati, Hakim bicara bijaksana tersilap apabila mendapati waris-waris Sora, termasuk Plaintif Pertama dan Kedua, terikat dengan Surat Pengesahan Jual Beli Tanah dan Akad Jual Beli Tanah bertarikh 1.7.2012 antara Shaharudin dengan Defendan Pertama tanpa memberi sebarang pertimbangan berhubung status perjanjian tersebut yang jelas merupakan perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Plaintif kerana Mohd Din tidak mempunyai apa-apa title dan interest untuk membolehkan beliau secara sah menjual tanah tersebut kepada Shaharudin dan seterusnya untuk Shaharudin menjual kepada Defendan Pertama. Gopal Sri Ram JCA dalam kes Au Meng Nam & anor [2007] 4 CLJ ada menyatakan di para 17,

"The appellant case must succeed because the vendors had no title to pass. You cannot give what you do not have - nemo dat quod non habet. The only exception was in favour of a bona fide purchaser for value.""

- Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes Mansor bin Shafei & 8 yang lain lwn Abdul Rahman bin Suleiman & seorang lain [Rayuan Sivil No. B-02(NCVC)(W)-447-03/2018] bertarikh 15 Mei 2019.

Koram: Mohamad Zabidin Mohd Diah HMR, Hamid Sultan Abu Backer HMR dan Hanipah binti Farikullah HMR.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►