Ada beberapa orang whatsapp dan PM bertanyakan tentang persoalan yang tidak dijawab oleh saya berkenaan tentang isu prosedur perundangan. Ada yang mesej baru dan ada yang lama.
Pihak kami sedia membantu memberikan nasihat perundangan dan artikel bagi kemudahan dan kebaikan serta pemahaman masyarakat tentang perundangan dan prosidingnya di Malaysia. Namun, tidak semua nasihat perundangan boleh kami berikan atas faktor kami tidak memahami fakta sebenar dan juga nasihat tidak memberikan apa-apa manfaat.
Antara nasihat perundangan yang boleh kami terangkan kepada anda melalui mesej/Whatsapp atau PM hanya tentang nasihat dan prosiding am dan boleh dilakukan oleh anda secara personal.
Manakala tidak kepada nasihat yang berbentuk prosiding yang mana pihak anda tidak boleh melaksanakannya kecuali dilakukan oleh peguam atau mana-mana pihak lain.
Begitu juga jika melibatkan persoalan isu yang komplek melibatkan fakta dan perundangan yang rumit dalam kes/masalah berkenaan. Nasihat saya sebagaimana dimaklumkan melalui mesej, sila dapatkan nasihat perundangan daripada peguambela/peguamcara yang berkelayakan secara terus.
Sila rujuk artikel lain di -
TWITTER - www.twitter.com/
INSTAGRAM - www.instagram.com/
FACEBOOK - www.fb.com/
WHATSAPP - www.wassap.my/+60139307961
WEBSITE - www.hishamnazir.com
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..