SHAH ALAM - Seorang bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM4.11 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM822,398 bermula April 2012 hingga Januari 2013.
Hakim Rozilah Salleh turut memerintahkan tertuduh, Noorazlina Shamsuddin, 44, menjalani hukuman penjara selama 35 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..