Monday, September 24, 2018

[194.18] KALAU ANAK SAYA YANG LONG CALL


Tahniah kepada Siti Baizuria (4th Chambee) yang telah diterima masuk dan daftarai sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya minggu lepas.

Masa long call, itu waktu percuma dan sah untuk iklan sebaik mungkin. Tapi trend sekarang nampaknya chambee lebih suka masukkan perkara peribadi dan ucapan penghargaan secara berlebihan. 

Zaman kami dulu memang senior cakap bodoh kalau bicara soal begini. Mereka kata di sana ada barisan peguam senior yang ramai ingin dengar apa kamu belajar dan apa yang kamu mahir. 

Mereka mahu ingat nama kamu. Mereka tahu dan kenal master kamu dan kalau kamu bicara pengalaman kerja di bawah master, senior lawyer akan tahu samada kamu diberikan peluang yang baik atau sebaliknya untuk pengalaman awal selaku peguam.

Dalam mahkamah, dok fikir juga andai kata anak saya yang terlibat, apa speech yang akan dibaca oleh mover. Mungkin anak saya akan kata;

"My father is prominent lawyer in Malaysia BUT he was my last choice to be my master. Luckily other senior accept me as her chambee"

"My father said, do not send me your resume. No vacancies for chambering student"

"Abah is garang. Dare not to do my chambering in his office"

Bla.. bla...

Bila sampai rumah saya tanyakan anak perempuan saya sebab dia pandai cakap sikit. "Nanti besar jadi lawyer. Take over office abah"

"Taknak lah. Suruh abang je jadi lawyer. Ganti Abah" jawab dia selamba.

"Kakak nak jadi apa?"

"Lambat lagi. Takyah pikir. Abah.. nanti beli motor 4 tayar eh" 

Nampaknya dia dah jadi perempuan sejati. Buat apa nak kerja kalau ada suami yang tanggung. 

Alahai anak-anak.

Untuk artikel lain, sila rujuk:
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.fb.com/criminallawyermalaysia
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wassap.my/60139307961
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►