Monday, September 24, 2018

[193.18] ANAK AUTISM DITAHAN KES JENAYAH



Ramai bertanya tentang ini. Masih pra matang untuk diberikan satu komen mengenainya sementara di dalam siasatan.

Cuma bagi kes melibatkan individu kecacatan mental (bukan gila) seperti autism, biasanya polis akan memberikan satu jaminan atau kelonggaran bagi kemudahan OKS atau kepada pihak polis sendiri.

Saya juga terfikir samada ada usaha membebaskan atas jaminan polis OKS berkenaan daripada pihak keluarga atau pihak peguam.

Namun apa yang pasti untuk saya kongsikan, pesakit autism adalah termasuk individu yang diklasifikasikan sebagai OKU yang mana pihak hospital dan Jabatan kebajikan Masyarakat boleh mengeluarkan kad khas mengenainya.

Sekiranya OKS mempunyai kad OKU adakah pihak keluarga menyerahkannya kepada polis bagi klarifikasi dan juga tiada bantuan daripada JKM bagi kes sebegini?

Banyak komen berlegar di Media sosial dengan fakta yang kita sendiri tidak pasti kenapa polis bertindak sedemikian. kenapa pula keluarga mangsa bertindak sedemikian.

Apa pun kita doakan yang terbaik buat semua. Kita komen selepas fakta lebih dikenalpasti. 

Untuk artikel lain, sila rujuk:
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.fb.com/criminallawyermalaysia
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wassap.my/60139307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►