Thursday, August 30, 2018

[179.18] INJUNKSI LARANGAN ATAU INJUNKSI MAREVA



Injunksi Prohibitri atau Injunksi Mareva dimohon atas alasan pembekuan aset dan hartanah bagi membolehkan kes atau prosiding perundangan berkaitan di lupuskan terlebih dahulu oleh Mahkamah.

Injunksi Mareva ini timbul daripada kes Inggeris, Mareva Compania Naviera SA v International Bulkcarriers SA [1980] 1 All ER 213 yang mana antara lain injuunksi ini boleh dibenarkan atas 2 elemen penting;

Pertama, melibatkan aset dan hartanah yang boleh lupus atau dibawa keluar negara.

Kedua, prosiding yang melibatkan frod antara pihak yang kini dalam prosiding perundangan tentangnya.

Antara faktor yang boleh dibenarkan oleh Mahkamah untuk berikan injunksi ini antara lain;

O Plaintif mempunyai kes yang baik untuk didengari;
O Permintaan injunksi terhadap aset di dalam bidangkuasa Mahkamah yang Mulia; dan
O Ada kemungkinan besar aset akan dilupuskan atau mendatangkan kerugian kepada pihak pemohon/Plaintif.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►