Ramai juga peguam muda dan baru berkecimpung dalam perbicaraan rayuan jenayah bertanyakan tentang isu anggapan di dalam pembuktian pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1951.
Ia bukan sukar untuk difahami, tetapi ramai tidak suka membaca. Ini masalah besar. Masalah besar bila asyik bertanya kerana nak mudah tahu tetapi gagal fahami. (bebel pulak)
Ini isu ringkas dijelaskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan dalam satu rayuan pada 01.08.2018 tempoh hari. Kita rujuk kepada kes -
HO MY LAN VS. PP
MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M)-297-11/2015
TARIKH KEPUTUSAN: 01.08.2018
"[18] Setelah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak dan menelaah keterangan dalam rekod, kami berpuas hati dan bersetuju dengan hujahan peguam perayu yang terpelajar mengenai isu tunggal yang ditimbulkan itu. Peraturan larangan penggunaan anggapan bertindan bagi kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah s. 39B ADB 1952 telah terlalu mantap di negara ini. Skop dan pemakaian prinsip kes Muhammad Hassan v PP ini, supra, telah banyak dikupaskan dan diperjelaskan dalam kes-kes terkemudian. Tidak perlu bagi kami untuk menggariskan kesemua kes tersebut dalam penghakiman ini. Memadai setakat yang diperlukan untuk menjelaskan pandangan kami.
[19] Walaupun telah kerap kali dirujuk, kami rasakan adalah perlu untuk dibentangkan sekali lagi peraturan larangan itu sepertimana diputuskan dalam kes Muhammad Hassan v PP tersebut. Di muka surat 19
above differences, it would be unduly harsh and oppressive to construe the automatic application of presumption upon presumption as contended by the learned deputy public prosecutor a construction that ought to be adopted only if, upon the wordings of the two sub sections, such an intention of the Parliament is clear, which, in our opinion, is not.”
In our view, to constitute 'possession' under s. 37(da) of the Act, so as to be capable of forming one of the ingredients thereunder thereby giving rise to the presumption of trafficking, there must be an express affirmative finding (as opposed to legal presumption) of possession as understood in criminal law, based on evidence.
Skop pemakaian peraturan di atas telah diterangkan dengan jelas dalam kes PP v Abdul Manaf Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129, yang menyebut di muka surat 144 sepertimana yang berikut:
“[17] It ought to be stated at the outset that the decision in Muhammed bin Hassan only prohibits the use of double presumptions under ss. 37(d) and 37(da) of the Act. It is, therefore, open to the prosecution to rely on either of the presumptions. In other words, the prosecution may positively prove possession without relying on the presumption under s. 37(d) of the Act and go on to rely on the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act to support a charge unders. 39B of the Act. See Tunde Apatira & Ors. v. Public Prosecutor (supra); Msimanga Lesaly v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 398 (a decision of the Court of Appeal which was confirmed by this court in Federal Court Criminal Appeal No. 05-27- 2004(K). Conversely, the prosecution may rely on the presumption under s. 37(d) to prove possession and seek to prove by affirmative evidence (independent of the presumption under s. 37(da)) that the accused was in fact trafficking in the dangerous drug.”
(Rujuk juga kes-kes yang berikut: Abillah Labo Khan v PP [2002] 3 CLJ 521 (MP); PP v Tan Tatt Eek and Other Appeals [2005] 1 CLJ 713 (MP)).
[20] Berbalik kepada rayuan ini, kami mendapati peraturan ini dengan jelas telah dilanggar oleh hakim bicara. Bukan itu sahaja, kami juga mendapati hakim bicara telah terkeliru dalam banyak perkara berhubung dengan peraturan ini. Kami perhatikan di akhir kes pendakwaan hakim bicara telah memutuskan di samping penemuan inti pati pengedaran secara keterangan langsung di bawah s. 2, kedua-dua anggapan iaitu s. 37 (d) dan (da) juga telah diguna pakai. Bagi anggapan s. 37 (d), hakim bicara
memutuskan di muka surat 27, RR:Jilid 1(alasan penghakiman):
“52. Mahkamah ini bersetuju pendakwaan telah membuktikan dadah [P 4A hingga D] yang berada dalam P7 dalam pemilikan OKT. OKT juga mempunyai kawalan dan jagaan atas P7 ke atas dadah yang dijumpai di
dalamnya. Mahkamah ini berpendapat sebaik pemilikan dadah dibuktikan terhadap OKT, pendakwaan boleh bergantung kepada anggapan di bawah s. 37 (d) Akta itu.” (Tekanan diberikan)
Selanjutnya, di muka surat 31, RR:Jilid 1, dinyatakan sekali lagi:
“63. Berpandukan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat pendakwaan berjaya membuktikan intipati (b) iaitu OKT mempunyai pemilikan dadah bagi tujuan “trafficking”. Mahkamah juga
berpendapat anggapan di bawah s. 37 (d) Akta itu terpakai memihak kepada pendakwaan.”
Diperhatikan hakim bicara mengatakan bahawa anggapan s. 37(d) berkenaan akan terpakai apabila pemilikan telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Pendekatan ini dengan jelas tidak tepat kerana prinsip yang betul dan kini mantap (trite law) ialah anggapan pemilikan timbul daripada pembuktian jagaan atau kawalan dan bukan sebaliknya- (lihat Public Prosecutor v. Ang Boon Foo [1981] MLJ 40, dan Leow Nghee Lim v. Regina [1956] MLJ 28).
[21] Selanjutnya dalam nada yang sama, bagi inti pati pengedaran, hakim bicara memutuskan bahawa anggapan di bawah s. 37 (da) (xvi) juga telah diaktifkan dalam kes ini. Ini dinyatakan dengan jelas dalam alasan penghakimannya (muka surat 33, RR: Jilid 1) begini:
“71. Mahkamah ini berpendapat berpandukan s. 37 (da)(xvi) Akta itu apabila memiliki dadah Methamphetamine 50 gram atau lebih dianggap bagi tujuan pengedaran. Dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang, OKT memiliki dadah seberat 3,083.5 gram dan ianya mengaktifkan anggapan s. 37 (da) (xvi) Akta itu.”
Namun begitu, di samping pemakaian anggapan berkenaan, hakim bicara dilihat telah juga mengguna pakai takrifan pengedaran di bawah s. 2 dan melalui keterangan langsung untuk membuktikan inti pati ini:
“27. Mahkamah ini berpendapat pendakwaan berjaya membuktikan intipati (a) iaitu OKT telah membawa “trolley bag” [P7] yang berisi dadah dari India dan transit di KLIA dan seterusnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi. Perbuatan OKT yang membawa
dadah ini termasuk dalam takrifan “trafficking” bagi maksud peruntukan s.2 Akta itu.”
[22] Pertindanan dan kekeliruan ditunjukkan lagi dalam keputusan hakim bicara di akhir kes pembelaan yang memerlukan perayu mematahkan anggapan-anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian atau menimbulkan keraguan munasabah iaitu:
“150. Mahkamah ini berbekalkan prinsip-prinsip yang digariskan dalam kes Mohamad Radhi Yaakob [supra] dan Mat v. PP [1963] 1 LNS 82, meneliti pembelaan OKT sama ada berjaya mematahkan anggapan di bawah s. 37 (d) dan s. 37 (da) Akta itu atau menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan.” (ms 54, RR:Jilid 1) Selanjutnya, hakim bicara mendapati bahawa perayu telah gagal mematahkan kedua-dua anggapan apabila memutuskan:
“171. Mahkamah ini telah menimbangkan pembelaan OKT dan juga meneliti semula keterangan kes pendakwaan, OKT sekadar menafikan pengetahuan mengenai dadah dan mengalihkan kepada NTC. 168 (sic) Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini
berpendapat pembelaan OKT gagal mematahkan anggapan di bawah s. 37 (d) Akta itu. (ms 61, RR:Jilid 1)
...
178. Mahkamah ini juga berpendapat pembelaan OKT atas imbangan kebarangkalian gagal mematahkan anggapan undang-undang di bawah s. 37 (da) Akta itu (sila rujuk kes Subramaniam A/L Arumugam v. P.P.
[2000] 2 MLJ 193) (ms64, RR:Jilid1).”
[23] Dalam keadaan yang dibentangkan di atas, tidak dinafikan peraturan larangan penggunaan anggapan bertindan telah dengan jelas dilanggar oleh hakim bicara. Selain itu, kami juga mendapati telah berlakunya kecelaruan berkaitan dengan pemakaian sebahagian anggapan di bawah s. 37 (d) iaitu antara pemilikan dan pengetahuan. Kecelaruan ini melibatkan persoalan sama ada di akhir kes pendakwaan adakah perlu hakim bicara
mempertimbangkan pembuktian pengetahuan melalui keterangan langsung, atau memadai dengan hanya membuktikan jagaan atau kawalan untuk membangkitkan anggapan pemilikan dan ekoran itu pengetahuan
tentang jenis dadah berbahaya itu akan teraktif secara automatik? Diperhatikan hakim bicara telah mempertimbangkan aspek pengetahuan tetapi tidak dengan jelas menyatakan sama ada dapatan pengetahuan
dibuat melalui keterangan langsung (actual knowledge) atau mengguna pakai s. 37 (d) tersebut (deemed knowledge). Dicatatkan hakim bicara telah seolah-olah menggunakan keterangan langsung untuk membuat dapatan tersebut. Bagaimanapun kami tidak akan menyentuh lanjut aspek ini memandangkan salah arahan berkenaan dengan pelanggaran larangan penggunaan anggapan bertindan dengan jelas dapat ditunjukkan.
[24] Dalam keadaan di atas, TPR yang terpelajar dengan betul mengakui akan kekhilafan hakim bicara itu namun memohon kami menilai semula keterangan dalam kes ini, yang dikatakan melimpah ruah, kerana penilaian tersebut akan menjurus kepada keputusan yang sama, selaras dengan peruntukan s. 60 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sepertimana yang diperjelaskan dalam keputusan Tunde Apatira & Ors v PP [2001] 1 CLJ 381.
Bagaimanapun kami tidak setuju dengan saranan TPR
memandangkan tiadanya keadaan istimewa untuk mewajarkan kami melaksanakan budi bicara itu. Kami mendapati kecelaruan di pihak hakim bicara tersebut telah menimbulkan salah laksana keadilan di pihak perayu
terutamanya dari sudut beban pembuktian yang seharusnya dipikul oleh perayu dan yang seadilnya digunakan untuk menilai pembelaan perayu oleh hakim bicara. Susulan huraian di atas dan berpandukan kes Tunde Apatira & Ors v PP, (supra), Abillah Labo Khan v PP (supra) dan PP v Abdul Manaf Muhamad Hassan,(supra), kami berpendapat keadaan kes ini tidak mewajarkan kami untuk mengguna pakai dan melaksanakan budi bicara di bawah s. 60 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 sepertimana yang disarankan oleh TPR.
KESIMPULAN
[25] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami sebulat suara berpendapat adanya merit dalam rayuan perayu dan kami berpuas hati hakim bicara telah tersalah arah dengan tidak memandu dirinya dengan betul berkenaan dengan pemakaian sebenar larangan penggunaan anggapan bertindan tersebut. .......
- Yang Arif Hakim Abdul Karim bin Abdul Jalil
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..