Wednesday, May 2, 2018

GST & PEGUAM


GST wajib dibayar jika peniaga itu didaftarkan secara sukarela atau wajib didaftarkan di bawah peruntukan Kastam tentang GST.
Jadi jika anda berbelanja, maka anda wajib lebihkan sedikit bayaran bagi membayar kos GST yang dikenakan.
Siapa bayar?
Pembeli atau pelanggan.
Sebab itu ramai ahli politik pihak kerajaan bahawa harga barang tidak perlu naik kerana pembeli yang bayar GST dan bukan peniaga.
Tapi bagi peniaga, harga barang perlu naik kerana selain kos khusus 6% bagi GST, terdapat kos dan kerja tambahan bagi GST. Selain itu terdapat risiko kerugian dalam kerugian belian kerana pertambahan kos GST. Kurang pembelian, kurang untung atau jualan.
Ini memberikan tekanan khusus kepada peniaga dalam survival perniagaan mereka. Akhirnya untuk hidup, kos dipotong dalam pelbagai segi. Masalah Ini lebih kepada peniaga kecil
Isu - Peniaga kecil bawah pemerolehan 500k tidak perlu kutip GST. Pembeli tidak terbeban kepada risiko pembelian kurang kerana GST..
Ramai peniaga kecil kena daftar GST sebab mereka juga deal dengan syarikat pemerolehan lebih 500k.
................
Masalah bagi peguam tak banyak. Klien taknak bayar GST.
Selain minta diskaun pada legal fee dan disbursement, depa taknak bayar GST. Boleh agak tak siapa bayar GST untuk depa?
Nampak tak masalahnya.
Baik meniaga kecilan
Tapi banyak mana boleh membantu masyarakat kalau asyik kecil.
Macamana nak buat GST boleh diterima?
Stabilkan harga dengan kebaikan semua pihak.
Erm.. dilema sungguh.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►