Wednesday, May 2, 2018

[103.2018] PLEA DITUKAR TETAPI DIRAYU PULA | PERMOHONAN RAYUAN LIAR MASA DIBENARKAN


Mahkamah Tinggi pagi ini benarkan permohonan pihak Responden memfailkan Notis Rayuan luar masa kepada sabitan dan hukuman.

Dalam masa yang sama Pendakwaan memfailkan rayuan terhadap hukuman.

Ini realiti kehakiman yang menjadi dilema kepada peguambela. Dalam mengejar KPI dan kebaikan kepada semua, perbincangan diadakan bagi kebaikan semua dan menjimatkan masa dan kos semua pihak. 
Tetapi apabila proses penukaran plea dibuat dan hukuman diberikan sebagaimana kehendak perbincangan, rayuan dikemukakan pula.

Yang paling tidak sedap nak dihadam, rayuan difailkan awal tetapi diketahui lewat. 

Tidak salahkan pihak pendakwaan tetapi ingin tegaskan salah atau sebaliknya, orang kena tuduh harus diberikan didengar. Jika ada shortcut atau uncut (haha) hendaklah telus keadilannya kepada semua pihak.

Ini memberikan kesan kepada peguambela seperti kami. Juga memberikan impak kesan buruk pandangan masyarakat kepada sistem keadilan di Malaysia.

Artikel lain di :
www.fb.com/criminallawyermalaysia
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wassap.my/60139307961
 — at Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►