Friday, February 2, 2018

THE FIXER - POK YA CONG COR DEI


Semua cerita bab Pok Ya.
Riuh satu Malaysia
Jadi saya pun nak try
Cerita bab kerja nakal-nakal.

Ada kerja digelar fixer
Kami suka sebut Mekanik saja
Tapi bukan baiki kereta
Mereka baiki apa-apa yang tidak kena

Bukan benda buruk semata-mata
Ada benda baik mereka baiki untuk kita
Kalau susah dia panggil konspirator
Apa jua nama, kerja ini amat bahaya

Orang kata kerja ini untuk gangster
Setakat nak tetak orang, beli parang saja
Tapi nak baiki masalah, orangnya kena otak geliga
Nak berdepan masalah kena nyawa ditelinga
Boleh mati bebila masa

Berjalan ke sana ke mari tanpa tanda
Kalau mati, kubur fixer tak bertanda
Bini pun tak tahu Cik Abang ke mana
Ntah apa kerja, dengan siapa dia jumpa

Kalau gangster nak jadi fixer
Bukan setakat digeruni, tapi ayat kena power
Cakap sikit, orang fikir banyak perkara
Hormat ada, respek pun ada

Profesional ada fixer juga
Dengan cara dia, tak elok nak cerita
Tapi semua masalah dia setel
Masalah keluarga mahupun masalahraya

Fixer bukan sekadar kenal ramai yang berkuasa
Tetapi dia juga ada kuasa rundingan luar biasa
Selain establish dirinya sebagai orang yang dipercaya
Oleh mana-mana pihak yang seteru atau suka.

Bakat nak sembang tak terkira
Bakat nak kerja, ada berapa kerat sahaja
Nasib baik Pok Ya boleh buat kira
Kes setel, duit pun boleh setongkol
Bini lari pun boleh cari bini muda
Muka hensem, modal pun ada.

NOTA: Cuba hayati hidup kerja Ray Donovan.

Artikel lain sila rujuk:

www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►