Monday, February 26, 2018

PUJI DALAM PERNIAGAAN - SEMUA ORANG SUKA PUJIAN


Semalam ada 2-3 orang klien/sahabat memuji website HNC
Lawa dan kemas katanya
Website yang agak membantu terutama link kepada laman artikel kami sendiri serta link kepada beberapa jabatan. Kembang kejap.

[ Buat masa ini, saya agak sibuk untuk janjikan buat website untuk NGO tetapi pihak-pihak NGO Tahfiz, anak yatim masih boleh emel dan PM saya untuk tujuan itu. Saya cuba dalam masa terdekat. Membantu sekadar perlu. ] 

Semua orang suka dipuji, maka pujilah berpada dan kena pada masa dan tempatnya. bukan memuji kerana keuntungan.

Dalam masa menunggu rakan semalam, beberapa individu berbincang tentang projek atau apa ntah. Didengari pelbagai pujian terbang kiri dan kanan. Mungkin mengejar projek dan ampu yang berlebihan. Berbulu pula dengar.

Memuji itu perlu tetapi perlu berpada dan kena pada pujiannya. Dengar juga peguam bercakap dengan kliennya. Menarik minat klien tentang projek kliennya yang dikatakan bagus itu ini. Boleh tetapi apa salah dalam memuji, kita menegur dan berdakwah.

Konsep teguran sendiri memerlukan pujian di rangkap awal perbualan. Nampaknya perbualan kita hari ini lebih berorientasikan kebendaan dalam mengejar wang. Maka pujian terhad kepada mengampu. Kita kena fikir sejenak bagaimana mahu menukar cara dan skill perbualan seharian dalam menjalankan perniagaan.

Terima kasih buat rakan-rakan lawan yang memuji saya, klien yang direkemen datang dan setuju.

Itu sahaja poinnya.. ðŸ¤£
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►