Thursday, February 8, 2018

CONVEYANCING - "PAKAI SATU LAWYER LAGI JIMAT"


Itulah kebanyakan pandangan orang awam apabila ingin membuat transaksi jual beli hartanah. Berjimat itu bagus tetapi tentu ada sebab kenapa pihak-pihak perlu melantik peguam bagi keadilan dalam berkontrak mahupun pengendalian transaksi tersebut.

Sebenarnya tiada istilah satu peguam dua klien (penjual dan pembeli) kerana peguamcara tersebut adalah peguam kepada pembeli. Cuba tengok pada salinan perjanjian yang ada.

Bagi yang tiada bermasalah, anda selamat. Tetapi bagi transaksi lain ramai yang hadir kepada peguamcara litigasi seperti kami apabila kontrak tersebut bermasalah. Antara masalah yang sering berbangkit daripada isu;

O Isu pembayaran baki;
O Jumlah pembayaran
O Jumlah pemotongan bayaran (kolateral);
O Perlaksanaan hak dan liabiliti yang berat sebelah;
O Pengiraan dan ketentuan faedah kelewatan;
O Pemegang stake pembayaran transaksi;
O Dan banyak lagi masalah lain.

Jika masalah ini berlaku, peguam tersebut adalah peguam pembeli, maka anda tahu peguamcara tersebut adalah terikat kepada pihak mana.

Jika ada berlaku apa-apa permasalahan, sudah tentu pihak yang tidak melantik peguamcara akan bermasalah dari sudut keterangan dan dokumentasi.

Kebiasaannya ini akan timbul pada pihak Penjual yang ingin berjimat (kononnya) sedangkan caj yuran guaman hanya 1% daripada nilai harga jualan yang mana Peguamcara kebanyakan sanggup dan boleh memberikan khidmat bayaran tertunggak kerana mereka sendiri akan menjadi pemegang stake kepada bayaran transaksi tersebut kelak. Jadi tiada kesukaran kewangan akan dilibatkan.

Ini kerana banyak dalam masa setahun ini dirujuk kepada kami tentang transaksi yang bermasalah dan pihak yang tidak melantik peguamcara agak terkilan dari sudut perundangan dan keadilannya.

Jika tindakan perundangan sivil dimulakan, kos akan makin bertambah. Kenapa nak rugikan masa dan kos anda yang pada mulanya anda ingin jimatkan.

Artikel lain di:

www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.fb.com/criminallawyermalaysia
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.
— Products shown: Conveyancing

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►