Banyak isu dan fail kes cerai minggu ini.
Ada warga asing dikahwini kemudian ditinggalkan bersama anak. Suami warganegara Malaysia hilang entah ke mana.
Ada perkahwinan semata-mata kerana terlanjur. Terlanjur banyak kali. Kantoi mengandung kena kahwin. Belum seberapa ketika, bercerai pulak.
Ada yang berkahwin elok tetapi pihak ketiga banyak campur tangan. Mak ayah dan sedra mara banyak komen itu ini. Akhirnya mereka bercerai. Siapa rugi. Yang tak tahan tu, pihak ketiga tu pihak yang bercerita tentang Fengshui mahupun karma. Aduh!
Suami tak guna pun ada ni. Suami hidup atas duit gaji bini. Kalau bini kerja gaji puluh ribu takpe, ini sekadar kerja biasa. Gaji biasa. Diperah hasil kudratnya. Malam kau membuat dia baring (terjemahan direct). Buat anak, anak pun bini suapkan.
Bini makan luar. Laki makan luar pun semakin menjadi-jadi. Tak tahu la apa nak jadi. Tiada sifat malu dah. Ingatkan wanita lebihkan aksesori, lelaki pun dia simpan dah sekarang.
Banyak kisah sekarang yg pelik-pelik. Akhir zaman. Ini berlaku kepada semua bangsa dan agama.
Kita sambung kemudian.
Artikel lain di:
instagram.com/
twitter.com/hishamnazirco
fb.com/
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..