Monday, October 9, 2017

UPGRADING DALAM BIDANG PERUNDANGAN


"Boleh ke saya tak sekolah tinggi jadi peguam"

Jawapannya BOLEH.

Ijazah perundangan merupakan pintu kepada kerjaya perundangan. Baik selaku peguam, pendakwadaya, hakim dan lain-lain yang mana pintunya sentiasa terbuka.

Sememangnya pintu ini senang bagi laluan mereka akademik yg cemerlang tetapi masih ada laluan lain kepada yang ketinggalan tetapi mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

Pengalaman mungkin boleh diperolehi sebagai kakitangan biasa atau pegawai di tempat kerja yg berkaitan perundangan seperti polis, #mahkamahmahupun pejabat peguam.

Tahukah anda ramai juga peguam senior yg tersohor adalah bermula sebagai kerani Mahkamah atau kerani peguam yg tidak seberapa.

Malah ada mereka kini bergelar pegawai dan#Hakim atasan sehingga memegang jawatan tinggi dalam kehakiman.

Kita tidak akan cerita di sini prosesnya tetapi ingin kongsikan bagaimana kerjaya anda boleh dinaiktaraf sehingga menjadi pegawai dan peguam dalam bidang perundangan.

Jangan lekehkan kerani pejabat #peguam mahupun jurubahasa mahkamah biarpun gajinya rendah dan nampak biasa. Jika dia sanggup belajar dan ambil tahu tentang apa peguamnya lakukan, dia mungkin bakal Ketua Hakim Negara dalam suatu masa kelak.

Tapi kerani peguam gaji mahal. Kebanyakannya gaji murah dalam 2-3 tahun pertama. Apabila kebanyakan prosedur perundangan telah diketahui dan kerja agak independent, masa tu gaji mereka cecah gaji peguam 2-4 tahun pengalaman.

#hishamnazir
#peguambela

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►