Friday, June 9, 2017

LALUAN SELEPAS DIJATUHKAN HUKUMAN MATI


SOALAN - "Kalau orang dah sabit dan hukum mati gantung, apa lagi peuangnya selepas itu"

Sistem keadilan Malaysia (kecuali mahkamah syariah setakat ini) mempunyai sistem pendengaran dan rayuan sebanyak 3 kali setiap kes. Maksudnya satu kes bicara dan 2 kali kes didengar rayuannya.

Sebagai contoh kes bunuh, didengar di Mahkamah Tinggi. Apabila dibuat keputusan, rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Rayuan dan kemudiannya kepada Mahkamah Persekutuan. Rayuan bermaksud daripada mana-mana pihak samada pihak OKT atau pihak Pendakwaraya.

Jika OKT/Perayu disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, beliau boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan untuk diampunkan kesalahannya. Jika diampunkan, ia boleh dikenakan satu hukuman penjara seumur hidup bagi mengantikan hukuman gantung sehingga mati.

Pengampunan perlu dibuat kepada Sultan/YDP Agong tertakluk kepada di mana kes tersebut berlaku dan dibicarakan pada mulanya.

Selepas keputusan Lembaga Pengampunan dibuat, tiada lagi peluang merayu oleh mereka yang menerima hukuman mati.

Bagaimanapun, masih boleh dimohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelumnya. Itupun kalau kebenaran diberikan oleh MahkamahPersekutuan. Ini berdasarkan kes Chu Tak Fai vs PP.

Harap membantu.

LIKE & SHARE

www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.fb.com/criminallawyermalaysia

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►