Friday, June 9, 2017

"ANAK PAKCIK DAH MENINGGAL"



Dalam ratusan kad raya dihantar kepada sahabat dan klien, semalam seorang pakcik tua menelefon pejabat. 

Berbesar hati menelefon mengatakan terima kasih atas ingatan kami dan khidmat kami 7-8 tahun lepas. Katanya anaknya yg klien kami dahulu sudah meninggal dunia. Kemalangan jalanraya katanya.

Jenuh kami cuba ingati yg mana satu anaknya. Rupanya kes bunuh yg pernah kami kendalikan. Arwah dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri. Rayuan semasa di Mahkamah Rayuan juga kami kendalikan dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau bebas dan dilepaskan. Allah bagi peluang kedua untuk dirinya. Satu ketika di Mahkamah Tinggi ketika semua pihak mengatakan beliau akan disabitkan kesalahan dan akan digantung sehingga keluarga dan dirinya tidak menaruh harapan lagi untuk satu kebebasan.

Tapi rancangan Allah lebih baik dan hanya Allah lebih tahu kenapa dalam sedemikian, peluang kedua diberikan kepadanya. Semoga peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh Arwah.

Kita yg belum tentu ada peluang kedua macamana pula?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►