Tuesday, May 2, 2017

BEBERAPA HAK ASAS BANDUAN HUKUMAN/REMAN


Dalam seminggu ada 4 lawatan penjara. Sungai Buloh, Kajang (lelaki dan wanita) dan Bentong. Cukuplah minggu ini dengan penjara. Minggu ini jadual agak lengang tapi last minit semuanya jadi padat.

Antara hak asas dan kemudahan diberikan kepada tahanan reman dan banduan oleh Jabatan Penjara Malaysia antaranya;

HAK LAWATAN
Boleh dilawati oleh keluarga dalam kadar bilangan dan tempoh masa yang ditetapkan oleh Penjara. Lawatan hanya boleh dibuat melalui kad penjara dan syarat-syarat lawatan telah dinyatakan di dalamnya.

Lawatan oleh peguambela adalah tanpa had kecuali masa dan notis lawatan diberikan seawal 3 hari bekerja.

KOMUNIKASI LUAR
Tahanan dibenarkan mempunyai dan dibekalkan melalui dalaman atau dari luar sebarang bahan bacaan yang terhad kepada syarat dan bilangan khusus.

Manakala khidmat panggilan telefon boleh dibuat di pejabat rekod dengan syarat mempunyai 'kredit' yang dibayar terdahulu kepada pihak pengurusan penjara. Penggunaannya boleh dibuat apabila request terdahulu dibuat kepada pengurusan melalui blok dan dibenarkan.

MAKANAN
Setiap tahanan diberikan makanan dan minuman tetapi ada juga makan bayar yang boleh dibuat oleh tahanan melalui kantin penjara apabila ada ahli keluarga atau peguambela membayar bagi pihaknya dengan syarat sekali perbelanjaan.

Tidak pasti samada makan bayar bulan masih ada dibenarkan tetapi dulu keluarga dan peguam boleh kreditkan sejumlah wang yang ditetapkan dan pihak tahanan boleh mengambil makanan di kantin penjara.

KESIHATAN
Setiap tahanan akan diberikan rawatan kesihatan di dalam penjara melalui doktor dan pembantu perubatan yang bertugas. Selain daripada itu, rawatan lanjut boleh diberikan dan dibawa ke hospital yang berdekatan dengan penjara. Manakala rawatan khusus atau memerlukan kepakaran, pihak penjara akan menghantar atas budi bicara dan keperluan tahanan ke hospital tertentu.

PEKERJAAN DAN KURSUS
Dalam proses mendidik dan mengubah tahanan, pekerjaan dan kursus juga ditawarkan. Setiap pekerjaan ada upah dan boleh ditukar kepada ringgit apabila dibenarkan kelak atau semasa dibebaskan.

Kepandaian itu juga membolehkan survival hidup dan jiwa tahanan bila keluar atau semasa di dalam. InsyAllah!

Lain kali kami tambah lagi..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►