Monday, May 29, 2017

BEBAN PEGUAM DAN LIABILITI


Ada peguam caj mahal dalam litigasi, tengok pada pengalaman dan kes yg anda bawa kepadanya. Bagi saya, kalau anda bandingkan fee dan disbursemen peguam lain lebih baik dan rendah, saya mengalukan anda memilih dia.
Kami peguam terlatih bukan sekadar nampak wang. Tapi kami kira kesulitan bakal dihadapi dan tempoh masa yg bakal kami tempuhi.
Kami memikirkan liabiliti bersesuaian dengan insuran yg perlu kami bayar setiap kepala peguam dan setiap tahun.
Kami bagi nasihat pro dan kontra bagi anda tahu kelebihan dan risikonya. Anda yg membuat keputusan akhirnya.
Pengalaman peribadi banyak begini. Datang kepada kami untuk nasihat yg matang dan profesional dan memilih peguam yg lebih manis bibirnya tetapi kami tidak pernah kecil hati sebab kami tahu akhirnya. Cuma sekarang kami fee konsultansi.
Ada fail kami setel awal tapi kena simpan 6 tahun. 9 tahun. Sampai mati pun ada. Anda nampak kerja seminggu.
Cuba elakkan call kami untuk adukan masalah anda dgn peguam lama atau saman peguam yg lama kerana soal remeh. Kami ada kerja lain..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►