Friday, April 7, 2017

TUNTUTAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN KAEDAH PENYELESAIAN DI MAHKAMAH SYARIAH


Dari sudut adat/urf, harta sepencarian adalah satu adat tempatan seperti carian laki bini, carian sama-sama, harta sepencarian dan lain-lain nama yang diterima masuk dalam perundangan syariah Malaysia yang mana memberikan pembahagian pemerolehan dalam perkahwinan antara dua pihak bergantung kepada sumbangannya.

Penerimaan urf ini adalah berdasarkan Al Adah Muhkamah dan juga konsep syirkah dalam Islam walaupun perbahasan terbuka tidak menepatinya, tetapi penerimaan di fatwakan boleh atas faktor semasa dan situasi masyarakat Malaysia yang dibuat untuk mengelakkan penindasan jika berlakunya perceraian terutama bagi pihak kaum wanita.

Penerimaan adat ini selaras pandangan ulamak tempatan atas isu feqah Syarikah, Maqasid Al Syarie dan al adah muhkamah kepada isu perundangan harta sepencarian orang Islam di Malaysia dalam faktor usul fiqh Uruf dan Musalih Mursalah.

Seterusnya menerimanya dan mengaplikasikan sebagai peruntukan kepada perundangan sedia ada di dalam peruntukan syariah.

Dalam perundangan Malaysia di dalam peruntukan syariah, tuntutan harta sepencarian adalah boleh dituntut oleh mana-mana pihak samada pihak suami ke atas isteri atau sebaliknya.

Tuntutan dan bagaimana pembahagian boleh ditentukan dalam bentuk sumbangan pihak-pihak. Sebagai contoh sekiranya tuntutan dibuat oleh seorang isteri dan isteri tidak bekerja dan tidak memberikan sumbangan kepada harta sepencarian yang dituntut tetapi membantu kerja rumah dan penjagaan anak-anak perkahwinan, maka boleh diberikan kepada isteri berkenaan sebanyak 1/3 daripada harta sepencarian.

Jika ada sumbangan dan juga sumbangan material seperti bekerja dan menyumbang ekonomi keluarga, maka isteri tersebut boleh diberikan hak jumlah sumbangan berkenaan dan juga jumlah bahagian lebih besar seperti ½ bahagian.

Tuntutan harta sepencarian hanya boleh dituntut bagi harta yang diperolehi oleh pasangan dalam perkahwinan sahaja. Jika satu harta ata barang diperolehi pasangan melalui pewarisan atau pemilikan individu (contoh dibeli) sebelum perkahwinan maka ia bukan dikategorikan harta sepencarian.

LIKE & SHARE

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►