Friday, April 7, 2017

PEGUAM SELAKU KAUNSEL


"Peguam dengan kaunsel ada beza ker?"

Kaunsel atau peguam kekadang dilihat sama
Ada menyebut sebagai peguam
Ada pula menyebut sebagai kaunsel
Maka ia adalah sama. Tetapi ada beberapa penggunaan yang tidak sama maknanya.

Apa yang nak dibincangkan kali ini,
Anda boleh melantik A sebagai Peguamcara atau peguambela anda. Dalam masa yang sama perlantikan tambahan dibuat kepada B seorang atau lebih sebagai Kaunsel.

Kaunsel yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada peguamcara yang tidak menerima arahan terus daripada anakguam tetapi lebih kepada membuat kerja-kerja guaman dan menjadi kaunsel utama semasa prosiding. Tetapi kebenaran anakguam adalah perlu untuk perlantikan ini.

Perlantikan kaunsel ini adalah biasanya disebabkan ketiadaan kepakaran atau pengalaman dalam sesuatu hal prosiding perundangan tersebut.

Sebagai contoh, Peguam A dilantik oleh anakguamnya bagi mengendalikan kes jenayah berkenaan syer saham. A seorang peguambela berpengalaman tetapi tidak dalam bidang komersil melibatkan syer saham. Maka dengan kebenaran anakguam, B dilantik sebagai kaunsel di dalam berkenaan.

Contoh lagi, A seorang peguam berpengalaman tetapi dalam bidang conveyancing. Dengan ramai anakguam dan klien, banyak kes dirujuk kepadanya. Atas hubungan baik antara dia dan anakguam, dia cuba membantu tetapi tiada kepakaran secara langsung serta pengalaman. Maka B dilantik sebagai kaunsel.

Sekadar menjawab mudah-mudah. Nak panjang kita cerita kat mamak!
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►