Friday, April 7, 2017

AMANAH BILA BEKERJA


Bila kerja ada yang mencuri
Curi masa kerja untuk peribadi
Ambil barang pejabat untuk anak bini
Guna peralatan kerja bagi untung sendiri
Sesekali budaya ini melekat pada melayu sendiri
Hadir lewat baliknya sesuka hati
Masa kerja dibuat macam bisnes lagi
Kerja luar dibuat bila bos tak nampak gigi
Ada juga hilang ke sana ke mari
Kononnya nak cari duit lebih di akhir bulan ini
Walhal dia hilang, gaji dia boss tetap bagi
Adakah kita tiada rasa bersalah di hati
Bila bos ada, dia sibuk kemain
Bos keluar je, dia goyang kaki
Siap tanya mana nak makan tengahari ni
Belum sampai lunch, kereta boyfriend dah masuk tepi.
Kalau kerja, semua nak kira jari
Masuk kerja berapa, keluar berapa nanti
Kerja siap ke tidak bukan dikira produktiviti
Yang ramai melayu fikir, Gaji bulan ini.
Boss pening sebulan habis banyak gaji nak diberi
Habis belasan ribu pun, Boss tak dapat apa lagi
Pekerja dah siap joli, Boss masih gigit jari
Agak-agak ada ke rezeki bulan ini
Silap-silap, Boss makan gaji bini.
Boss kerja petang ke malam sampai pagi
Cari rezeki anak bini juga pekerja diberi gaji
Kalau Boss berhenti kerja, mungkin pekerja kena berhenti
Sekarang siapa Boss, siapa coolie.
Boss pulak kena rajin gila babi
Kalau syarikat maju naik tinggi
Boss dapat banyak, pekerja naik gaji
Kalau pekerja malas nak bantu prestasi
Sudah tentu ada pekerja kena buang tepi
Masa tu Boss taknak cover lagi
Pandai-pandai korang la nak hidup ka mati
Dapat Boss baik, itu boleh dipuji
Tapi kalau dapat pekerja sebegini
Korang fikirlah sendiri
Islam di depan, akhlak harus tinggi
Moga-moga rezeki Allah tambah lagi dan lagi
Hidup kita berkat dan dirahmati
Hidup tenang Allah juga mudahkan urusan duniawi

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►