Friday, April 7, 2017

MINTA FEE MURAH


Meletakkan fee mahal tidak menjadikan kami kaya atau kami tamak. Tetapi kekadang kerja yang perlu kami hadap terlalu banyak untuk dilakukan termasuk research dan masa untuk fail tersebut.

Kita belum bercakap soal pengalaman, ilmu dan skill yang dimiliki berbeza-beza antara seorang peguam kepada peguam yg lain.

Andai kata kami boleh tumpukan kepada kerja lebih baik, kenapa tidak peguam tifak kenakan fee yg bersesuaian dan tumpukan kepada fail tertentu. Itu lebih baik daripada fee rendah tetapi merosakkan reputasi ataupun terpaksa berebut klien sehingga berkhemah di Mahkamah atau pakai agen yg memungkin kepada pelbagai salah laku etika khusus.

Orang awam melihat kerja peguam sebagai percuma kerana mulut, sedangkan tiada apa yg boleh keluar dr mulut dan dihujahkan tanpa didokumentasi dan difailkan kepada mahkamah dalam format tepat, isi kandungan yg meliputi fakta dan peruntukan perundangan yg jelas sebelum dihujahkan.

Manakala semua itu memerlukan ilmu dan pengalaman bertahun-tahun.

Jika ditanya jika ada lebih murah, ada kes hukuman mati peguam sanggup bawah RM10k. Malah ada banyak kes jenayah yang mampu menawarkan fee lebih rendah. Tapi akhirnya mereka akan faham bagaimana pemilihan peguam apabila kea di tahap rayuan kelak.

Sebagaimana minggu lepas, ada prospek klien bertanyakan dan berbandingkan fee dengan saya melalui telefon, saya cadangkan beliau pergi ke peguambela sana kerana fee amat murah dan saya tidak mampu memberikan amaun yg sama kerana saya tahu amaun itu mustahil dengan kerja dan masa yang akan diambil kelak.

Akan sentiasa ada yg murah dalam apa jua bidang mahupun nilai barangan. Yang penting anda pilih atas alasan apa.

Malah banyak juga bertanyakan sebut harga conveyancing dan bandingkan ada peguam memberika harga lebih murah. Diingatkan bahawa fee guaman jual beli hartanah adalah tetap dan dikawal perundangan, kalau ada peguam tidak jujur, saya tidak mampu komen lebih-lebih. Saya ikut rules yg ada.

Kroni saya tidak ikut apa org buat. Kami buat apa yang patut dibuat.

Hisham Nazir
Subang Jaya & Sungai Petani
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►