Kes Cerai- consultation 2 hari lepas. Banyak benda dibincangkan terutama kesan Mutual divorce dan single petition.
Dua-dua tenang. Anak menjadi asbab mereka berbincang. Kerana anak juga mereka tidak mencapai kata sepakat. Keduanya saling ingin bertanggung jawab.
Pasangan muda. Malah anak baru berusia 2.5 tahun dan seorang lagi dalam awal 3 bulan. Comel-comel anaknya.
Ibu muda ini tidak bekerja. Suami bekerja malah ke luar negara dan bergaji puluhan ribu.
Saya hormat kerana bapa kalau egonya tinggi mungkin dia boleh lantik peguam dan rebut semua peluang dari si ibu muda itu atas faktor masa dan wang yg ada.
Ada masa si ibu emosi pada tikanya, saya sebut kepadanya "he came to discuss and he love you so much and you knew it by the fact". Dia mula menangis. Dicium-cium anak kecil dalam dakapannya yg dr tadi didodoikan..
Saya bincangkan banyak benda terutama terma utama perlu kepada perceraian iaitu penjagaan anak, hak lawatan, kos penjagaan, pembahagian harta dan hal berbangkit serta prosedur.
Saya harap mereka dapat berbincang dengan baik serta dpt capai kata putus terbaik buat semua terutama anak-anaknya. Yang lebih baik kalau perceraian ini boleh dielakkan kerana keduanya saling menyayangi dan tidak pernah berubah.
"we are trying to avoid this!".. kata si ibu. Bapa menambah " we have no other solution"..
"enter into Islam. We have solution although our women also hate it" Si suami nampak setuju, tapi wanita nampak cemuh saya.
"how you know that" tanya si suami.
"i am not born yeaterday boh!"
Semoga terbaik buat mereka anak anak mereka.
#hishamnazir
#criminallawyer
#divorce #divorcelawyer #sad
Hisham Nazir
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.com | net
+6013-9307961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..