Friday, April 7, 2017

LEGAL SERVICE IN MALAYA & BORNEO - OUR (LAWYER) LIMITATION.



(Of course, I am a limited edition :P )

Selesai beberapa urusan guaman di Sabah.
Terima kasih atas sponsor kehadiran saya sekeluarga.
Sekarang boleh cuti!

ISU - "Kenapa lesen guaman Malaysia tidak menyeluruh?"

Sebagaimana kami orang Malaya kena permit masuk 90 hari imigeresen masuk Sabah, kami juga perlu didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Sabah Sarawak untuk menjalankan tugas di sini.

Kami tiada locus standi untuk berkhidmat di sini kecuali beberapa perkara melibatkan Malaya atau khidmat am. Labuan lesen saya hidup. Ini disebabkan kerana Labuan adalah di bawah Wilayah Persekutuan. Jadi klien yg berurusan di Borneo, saya pindahkan alamat berdaftar ke Labuan. Perkara yang sama mungkin dibuat oleh peguam lain. Kami tiada pilihan.

Apa-apa den boleh cover..

ISU - "Kalau nak ambil peguam daripada Semenanjung Malaysia untuk kes di Sabah macamana?"

Permohonan khidmat secara Ad Hoc boleh dipohon di Mahkamah Tinggi Sabah. Tapi pohon cermin diri anda sebelum pohon..

Den takkan lepas rasanya. Anda bagaimana?

ISU - "Malaya dan Borneo"

Sekurangnya sekarang ramai yang faham kenapa perkataan pengasingan sedemikian wujud. Kerana selain daripada konsep perundangan, banyak lagi pemakaiannya terpakai sehingga kini.

NOTA: Apa dimaksudkan khidmat am?. Macam dalam dialog ni klien kata " i do need your brain. Just come & smile!"

LIKE & SHARE OUR FB PAGE

Hisham Nazir
Subang Jaya & Sungai Petani
+60139307961 & +601138537961
www.hishamnazir.net | www.hishamnazir.com

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►