Tan Sri Pengerusi direman 7 hari atas salah gunaan dana. Persoalan awal, bagaimana ia di salahguna. Adakah caj berlebihan atau benar ia atas sesuatu yang tidak wujud.
Orang awam bertanya, kalau tidak wujud kenapa ada dana dilepaskan. Kalau dilepaskan di mana dan siapa advise sedemikian agar pembayaran dilepaskan dan kenapa siapa.
Tiada sabitan perlu dibuat oleh mana-mana pihak kerana selagi dalam siasatan, ia hanya sekadar siasatan. Sekalipun didakwa, banyak isu perundangan dan fakta yang mungkin boleh diutarakan.
Apa pun tahniah atas tindakan SPRM. Cuma mahkamah akan memutuskan atas keterangan selepas mendengar semua saksi dan melihat semua dokumen.
Orang awam nampak wang-wang terlibat banyak dan masih menimbulkan pelbagai persoalan. Adakah orang berpelajaran dan mereka yang diamanahkan semua tidak amanah? Berapa banyak RM dipecah amanah pada yang tidak sepatutnya.
Rakyat dan orang awam tiada kepentingan dan tidak tahu mana pentingan. Tapi apa yang penting, rakyat kecewa banyak orang atasan mementingkan diri dan mengenepikan amanah yg diberikan.
Amanah patut diutamakan.
LIKE & SHARE
Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961Lawati www.hishamnazir.com atau www.hishamnazir.net
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..