Monday, February 1, 2016

KUASA PEGAWAI PENJAGA DALAM KEMASUKKAN KE PENJARA

KUASA PEGAWAI PENJAGA DALAM KEMASUKKAN KE PENJARA


"Macamana nak masuk penjara sebagai pelawat?" - Pertanyaan seorang pengunjung Page FB ini.
Lawatan ke penjara hanya boleh TIGA cara. Pertama, keluarga atau sesiapa sahaja melalui kad lawatan yang dibekalkan oleh Jabatan Penjara melalui tempat jumpa yang dikhaskan.Hanya dibenarkan pada tempoh yang ditetapkan.
Kedua, oleh sesiapa atas urusan khas dengan bantuan. Ini boleh daripada pihak Penguatkuasa seperti polis, kastam, imigresen dan lain-lain. Termasuk juga Pegawai Perundangan dan Pengamal Perundangan (Peguambela).
Ketiga, kemasukkan oleh pegawai penjara sendiri atas urusan kerja atau lawatan biasa mahupun luarbiasa. Mereka juga tertakluk kepada big boss melalui AKta yang digelar "Pegawai yang Menjaga"
Kemasukkan boleh dibuat dengan izin dan makluman awal kecuali pihak jenis ketiga. Izin dan permohonan boleh dibuat 2 hari sebelum tarikh lawatan.
Pegawai yang Menjaga boleh memeriksa pelawat dan sebarang keengganan pemeriksaan, Pegawai Penjaga boleh menolak dan mengeluarkan pelawat daripada Penjara (kawasan). Pemeriksaan ini termasuk terhadap pegawai besar Jabatan penjara mereka sendiri.
Sebarang artikel yang terlarang ditemui boleh dirampas dan Pegawai Penjaga boleh mengeluarkan/ menghalau pelawat. Manakala Pegawai yang Menjaga boleh memeriksa kenderaan pelawat dan sebarang penemuan artikel terlarang membolehkan pegawai yang Menjaga menahan pelawat.
Ada yang boleh rampas. 
Ada masa yang boleh tahan. 
Ada masa yang boleh tendang awak keluar!


Lebih up to date di Facebook - Hisham Nazir

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►