SOALAN MENGENAI REMAN
BOLEH TAK TAHANAN REMAN DILAWATI
Hak diwakili di bawah perlembagaan membolehkan lawatan oleh peguambela atas syarat masa dan tempat yang ditentukan polis.
Keluarga tidak dibenarkan melawat semasa proses reman. Tetapi praktikalnya, polis Malaysia membenarkan dengan kebenaran pegawai polis semasa ditahan reman. Polis pun manusia, mereka ada budibicara. Kalau tak diberikan akses, kang mereka kena fitnah pula.
BERAPA LAMA REMAN SEBENARNYA
Tempoh reman adalah 14 hari bagi kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta-akta jenayah lain.
Manakala ada Akta dan Peraturan tertentu yang menetapkan tahanan reman yang tetap dan lebih lama daripada 14 hari. Malah tahanan tersebut automatik di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri. Ada tahanan 21 hari, 28 hari, 3 bulan dan lain-lain.
BOLEH TAK SIASATAN DIBUAT TANPA REMAN
Boleh. Malah ada banyak situasi polis tidak menahan reman mana-mana saspek bagi tujuan siasatan. Ia bergantung kepada budibicara pihak polis.
Namun kebiasaannya siasatan tanpa reman berlaku kepada 2 keadaan iaitu (1) melibatkan kes rumit dan proses siasatan panjang seperti kes komersil (2) kes melibatkan kes kesalahan kecil atau kes kecil seperti s.354, s.15 (dadah)
TUGASAN PEGUAMBELA SEMASA REMAN
Memastikan kerja tugasan polis adalah dijalankan dengan adil;
Memastikan anakguam mendapatkan nasihat dan hak perundangan yg adil;
Mewakili anakguam dalam permohonan dan hujah (jika ada) semasa proses reman di hadapan majistret atau setara;
Mendapatkan status dan perbincangan dengan polis;
NOTA: Harap jawapan ringkas ini boleh memberikan input yg positif kepada pihak yg bertanya.
Update terkini boleh dilawati di Facebook Uichi Gaban.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..