Friday, January 1, 2016

LAWYER SYARIAH & USTAZ

Gambar dari internet - NoteChentamummy

Dalam 2-3 bulan ini, ramai pula bertanyakan tentang permasalahan keluarga Islam pada saya. Masalah yang melibatkan mahkamah syariah. Mahupun kaunseling bagi mendapatkan idea dan jalan penyelesaian alternatif.
Den coba walaupun den bukan ustaz. Nak memandai lebih, tak berani.
Komplen mengenai idea dan pembawaan peguam syarie turut dilihat main peranan. Saya tidak tahu situasinya dalam amalan biasa mahupun situasi di mahkamah dalam soal kerja. Apatah lagi urusan kewangan dalam kerja profesional.
Peguam syariah biasanya dilabelkan ustaz. Tapi ramai juga memiliki kelayakan peguam syarie dan pengamalnya bukan ustaz. Tiada latar belakang agama dan pendidikan agama yang baik. Ada juga yang tiada pembawaan selaku pengamal undang-undang syarie.
Rasa hormat masyarakat adalah tinggi. Jangan rendahkan rasa hormat tersebut pada mereka kerana sesetengah orang sedemikian. Risau mereka akan dilabelkan dengan negatif dan memberikan kesan kepada yang baik-baik.

Update terkini boleh dilawati di Facebook Uichi Gaban.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►