Friday, December 25, 2015

PERBERHENTIAN PEGUAM NEGARA ADALAH MENURUT PERLEMBAGAAN


PERBERHENTIAN PEGUAM NEGARA ADALAH MENURUT PERLEMBAGAAN
Orang tanya saya adakah tindakan itu tepat dan sah sebagaimana dinyatakan YAB Tan Sri Peguam Negara yang baru.
Jawapan dia senang. Bagi YAB Tan Sri Peguam Negara baru katanya menurut perlembagaan. Manakala Majlis Peguam Malaysia pula menyatakan sebaliknya.
Nak tahu sah atau tidak. Atau ingin melihat sejauhmana pertimbangan dan penilaian perundangan mengenainya, boleh rujuk kepada Mahkamah.
Isunya, adakah ada mana-mana pihak akan merujuknya kepada Mahkamah. Samada pihak Tan Sri Gani Patail atau mana-mana pihak berkepentingan.
Mungkin pembangkang atau Majlis Peguam boleh ketengahkan. Mungkin mereka tidak bersetuju dengan Tan Sri Gani Patail banyak perkara tetapi ini isu perundangan dan isu sebegini akan terus berlegar. Kalau mana-mana pihak sewenangnya berbuat sesuatu tanpa melalui garis perundangan, tidak mustahil akan berlaku kepada kita perkara yang sama kelak.
Sebagai peguam, kami dah sediakan pop corn untuk menonton mana-mana cerita ini.
Peace yo!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►