PESAN REMEH MAK AYAH
Mak ayah mungkin pernah pesan "kawan tu pilih-pilih, jgn berkawan dgn yg tak elok"
Kita akan jawab "pandai la saya"
Mak ayah mungkin ada nasihat "malam-malam jgn keluar, setan banyak"
Kita mungkin jawab, "itu karut"..
Banyak lg pesan mak ayah yg nampak remeh. Tapi antara faktor salah memilih kawan dan sosial yang silap menyebabkan remaja terjerumus dlm jenayah dan masalah moral.
Hari ini melawat tahanan reman, antaranya klien remaja. Saya tahu dan polis tahu dia tidak bersalah tapi kerana bersama rakan yang salah pilih, dia mungkin akan menanggung kesan sama. Direman tanpa peluang jaminan.
Carilah rakan dan sahabat yg baik agamanya. Saya percaya dia sedang memikirkan bagaimana kasihnya ibu ayah melalui nasihat remeh mereka..
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..