REZEKI MILIK ALLAH SWT
Terpandang satu nama mirip milik seorang sahabat, Encik F
Teringat akan susuk tubuh dan senyuman manis yang nampak memaksa
Itu rupa parasnya, tidak boleh mencela.
Saya kenal dia bekerja makan gaji sahaja
Begitu juga si isteri yang setia
Turut bekerja membantu rumahtangga
Teringat keduanya sentiasa bersama dengan motor EX5nya
Nampak rezekinya tidak seberapa dengan gaji diterima
Tetapi bila Allah ingin memberikan lebih dari yang diminta,
Akan ada saja jalan yang Allah bina tanpa disangka
Sahabat tadi menjadi mewah dengan tiba-tiba
Katanya 'saya tidak sangka' tetapi dia berserah pada Allah semata-mata
Allah SWT memberi, pasti ada sebabnya
Saya melihat dan merenung jauh tentang orangnya
Bagaimana tutur kata, dan sifat biasa
Banyak ikhtibar boleh kita belajar dari sesiapa sahaja
Baik mahupun buruknya dia.
Saya melihat sahabat ini bukan cantik parasnya
senyumnya kelat dilihat saya
Tetapi senyum tidak pernah lekang sambil berkata-kata
Urusan semua orang dipermudahkan beliau sekeluarga
Cakapnya tidak sekali menguris sesiapa
Cukup banyak boleh diteladani sama
Mengajak berfikir kelebihan baik kurang sesiapa
Bagaimana adilnya Allah memberikan samarata
Cuma adakah kita bersedia
Menyimpan kenangan dan teladan bersama
Untuk difikirkan orang yang ditinggalkan.

0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..