Masa lunch terdengar orang sebelah berbual
"Baju Pengantin dia saja RM18,000.00" kata si perempuan
"cameraman seorang cikai pun RM1,500.00" sampuk si lelaki
"Membazir sungguh sekarang, apa salahnya ala kadar saja" silelaki kedua memberi katanya
Kalau ikut Islam, cukup rukun maka sahlah nikah
Tetapi mahar juga menjadi ukuran
Walaupun bacaan Quran dan motor buruk boleh jadi
Nilai rendah boleh ditetapkan
Kenduri sekadar seekor kambing
Bukan kambing jadi ukuran tetapi saiz kecil sudah mencukupi
Tetapi kini, nama dan prestasi di mata orang
Menjadi elemen utama
Bila direndahkan mahar
Ditinggikan pula hantaran
Anak besar, kahwinkan
Bukan diniagakan
Jumpa pasangan yang baik
Jodohkan lah mereka
Itu lebih baik..
Jangan susahkan mereka dengan gah dan sombong
Menjadi pengemis untuk kebahagiaan
Melambakkan hutang untuk hidupkan sunnah
Menimbulkan alasan untuk rumahtangga retak kemudian
Kerana menjadikan sunnah satu penyiksaan
fikir-fikir lah.. - at Hisham Nazir & Co
Nota: Urusan kahwin kali kedua macamana pula?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..