Thursday, July 3, 2014

5 RAMADHAN 1435 - IKHLAS


5 RAMADHAN 1435

Keikhlasan bukan soal nampak di mata. Tetapi hadir di hati. Apabila perkara berat dan susah diberikan disiplin menjadi senang dan ringan, ketika itu ikhlas menjadi sebati dengan diri.

Kata Arwah Tuan Guru Ghazali Hasbullah "Untuk solat malam sampai diri kita rasa ikhlas dan nikmatnya beribadah, sukup susah. Nak merasai semua itu mungkin ambil masa 20 tahun melakukannya tanpa henti. Sekiranya itu saya rasa, jom kita start amal apa jua awal-awal. Jangan tunggu nak mati. Jangan ingat sedap-sedap je malam ni. Cari nikmat ibadah juga"

Pesan guru bahasa inggerisku, Sir Ibrahim yang juga seorang tabligh "amal jangan henti
lama-lama jadi ikhlas. Masa dah ikhlas, InsyaAllah, semuanya senang"

Kalau ikhlas dikaitkan masa, adakah kita sudah komited dengan amalan itu. Baik fardhu dan sunat.

Kalau belum, berpadanankah dengan umur berbaki ini. Pakat ambil fikir untuk fikirkan;

"bila nak mula?"

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►