4 RAMADHAN 1435
Kata Ustaz, "tak boleh berjaga malam tidak mengapa, jagalah Isyak dan Subuh berjemaah terutama di bulan Ramadhan ini"
Teringat pada hadis bagaimana Rasullulah SAW berpesan bahawa sembahyang Isyak berjemaah itu menyamai pahala Qiamullail separuh malam. Manakala solat Subuh berjemaah menyamai pahala Qiamullail sepanjang malam.
من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة - رواه مسلم.
Dalam hadis lain ditekankan bagaimana solat Isyak berjemaah itu akan berada di bawah jagaan Allah sehingga pagi. Manakala solat Subuh berjemaah akan dilindungi Allah sehingga malam.
Kalau Hajjaj yang kejam pun merasa gerun kepada mereka yang solat berjemaah isyak dan subuh, betapa kerasnya hati kita ini
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..