Pesan Arwah datuk, lihat dengan mata. Lihat biar nampak. Jangan memandang rendah pada sesiapa. Disitu perkenalan saya dengan pakcik yang sedang sapu masjid. Dalam perbualan ternyata dia bukan siak mahupun tukang kebun. Saja abiskan masanya. Kurniaan petua dan pesannya bermula dengan RM3.00, antara pesan Wak Bawean (Boyan) satu ketika:
"senang laki kerna pompuan
Susah laki banyak kerna pompuan
mahu kaya biar bagus pompuannya
mahu miskin cepat pun pompuannya
isteri kamu senyum, satu dunia masalah kamu hilang
pompuan lain senyum, satu tahun kamu bayang-bayang
anak muda, ingat pesan wak
pompuan itu bukan orang
bukan wak kata
tapi Allah kata
Rasullulah kata
Pompuan itu perhiasan
datangnya dari kita
dijadikan untuk kita
bagus perhiasannya, bagus kamu (laki)
gak bagus hiasannya, celaka kamu (laki)
Kamu tuannya, kamu jaga hiasan kamu
.............
................................."
Susah laki banyak kerna pompuan
mahu kaya biar bagus pompuannya
mahu miskin cepat pun pompuannya
isteri kamu senyum, satu dunia masalah kamu hilang
pompuan lain senyum, satu tahun kamu bayang-bayang
anak muda, ingat pesan wak
pompuan itu bukan orang
bukan wak kata
tapi Allah kata
Rasullulah kata
Pompuan itu perhiasan
datangnya dari kita
dijadikan untuk kita
bagus perhiasannya, bagus kamu (laki)
gak bagus hiasannya, celaka kamu (laki)
Kamu tuannya, kamu jaga hiasan kamu
.............
................................."
Masin mulutnya. Katanya "aku lahir di pulau keramat, aku membesar nakal di pulau orang. Aku berjalan di air (kelasi) dan matiku nanti di tanah besar.
Nota: Semoga Allah mengampuni guru-guruku dan tempatkannya di kalangan orang yang soleh.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..