Dari sudut perundangan, pemakaian sistem Torren adalah jelas bahawa pemilikan tanah adalah sebagaimana didaftarkan. Sekiranya A didaftar sebagai pemilik, maka A adalah pemiliknya. Ini tidak termasuk isu pembeli suci hati lagi. Itu bincang lain kali.
Isu setinggan, saya tidak salah mana-mana pihak kerana masing ada hak. Cuma isunya adakah berlaku korupsi.
Tamak.
Salah guna kuasa.
Pembangunan tanpa moral.
Bagaimana penduduk boleh mendiami satu tanah begitu lama tanpa diberikan hak kepada tanah tersebut samada pemilikan kekal atau berpajak atau dibawah mana-mana pilihan lain.
Kemudiannya permohonan pihak lain diberikan dengan mudah atau dipindahmilik dengan mudah.
Kenapa tiada notis atau perobohan dibuat semasa awal-awal. Ini bukan sebulan dua. Kita bercakap soal 50-80 tahun. Telah melibatkan 3-4 generasi di situ. Bukan berminyak tanah dan mandi sungai. Semua kemudahan ada dan pendudukan diberikan kebenaran secara tersirat atas faktor kemudahan dan jangka masa tinggal.
Ada antara mereka telah kaya, tetapi yang miskin patut dipandang juga.
Ada antara mereka telah bangunkan hartanah sehingga mengambil untung berlebihan, tetapi pandang juga mereka yang masih beratap bocor semata-mata untuk berteduh.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..