Semalam sempat bertemu sahabat sekelas semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia di Paparich, Bangi. Membincangkan dan berbual tentang topik dunia, singgah seorang ibu muda.
5 minit sebelumnya, Uichi dah perasan dengan bekas baru dengan isi yang tidak diketahui lalu tempat kami duduk. Beliau ke belakang ke arah MBSB. Kemudian berpaling antara malu ke meja belakang kami dan cuba menjual kek coklat dalam bekas yang kelihatan baru.
Uichi mendengar kata-katanya agak malu. Kek Coklatnya tidak terjual. Uichi dan rakan masih berbual dengan satu telinga Uichi dipasang ke belakang.
Kemudian, beliau singgah dan dalam segan memaklumkan dia malu minta derma tapi jual kek coklat untuk kos perubatan anak beliau berumur 2 tahun yang sakit jantung. Uichi dan rakan membelinya sebagai sokongan. Beliau dilihat gembira dan senyum penuh syukur.
Tidak semua meja memberikan respon baik terutama di restoran sedemikian. Tetapi Uichi tidak selesa untuk terus memikirkan semangat juang ibu muda itu. Kerana antara meja-meja yang menolaknya, seorang wanita berbangsa Cina yang sudah tua membeli sebiji kek tersebut atas dasar membantu dan senyuman wanita Cina itu membuatkan Uichi rasa kerdil.
Hari ini kita mungkin memikirkan tentang dia. Mungkin esok lusa, perkara yang sama terjadi kepada kita. Siapa kita untuk terus mendongak ke langit.
Segala Puji Bagi ALLAH SWT.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..