Wednesday, December 18, 2013

Bertemu Sahabat Selepas 23 tahun


Selepas 23 tahun, Allah SWT menemukan Uichi dengan rakan lama yang kini bertugas di Melaka. Selalu ke Melaka tetapi tidak berkesempatan untuk bertemu. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Akhirnya Allah jua menemukan kami yang dalam sibuk di persimpangan trafic light di Ayer Keroh.

Singgahan di Botanikal dengan berbual panjang mengenai kawan-kawan lama semenjak tahun 1989-1990 di suatu sudut tempat di kelantan masa itu. Sempat habis 2 gelas besar air Botanikal.

Ketahuilah rakan-rakan juga saham. Mungkin mereka antara orang yang akan mendoakan kita dikala kesempitan kita. Baik sempit ekonomi dan ruang sihat.

Mungkin mereka akan memeriahkan kehadiran di kala kesepian hari kematian kita. Mungkin juga mereka antara pelawat kita dikala sakit dengan doa dan semangat. Dengan senyuman syifa'.

Semoga Allah SWT berkati dan rahmati Rakan-rakan Uichi.




0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►