Monday, October 7, 2013

Abah Di Pagi Subuh


"Baba nak gi mana?" tanya kakak bila melihat aku lengkap berbjau melayu berpelikat seawal jam 5.30 pagi

"Baba nak gi solat" kata aku melihat anak kecil bangun dengan gaya rambut kembang afro.

"Nak ikut, boleh?" minta kakak sayu dan perlahan.

"Jom!" wajahnya keriangan.

Semasa solat, kakak berada di belakang dengan senyap. Memerhatikan sekeliling orang sedang solat. Kekadang abang yang mengikut, dia solat sama.

Lagi 6 hari, genap 2 tahun Arwah Abah meninggal dunia. 2 hari selepas itu genap umur Uichi 35 tahun. Doa yang baik untuk Arwah Abah.

Suatu ketika dalam proses membesar, Uichi melihat Arwah sering bangun awal pagi, mandi untuk solat subuh di surau. Tidak sekali pun pernah mengejutkan Uichi untuk ke surau bersama. Sedar yang Abah dah bangun. Abah buka pintu-pintu dan gate untuk keluar. Bunyi motor pergi dan semasa balik. Tidur lagi seronok!

Selepas abah balik solat subuh, baru abah mengejutkan kami adik beradik. Itulah rutin Arwah Abah di awal pagi sekiranya Arwah tidak bertugas.

Lain pula dengan Solat Maghrib dan Isyak. Ini memang kena ikut Arwah ke surau. Ada juga missed tetapi amat jarang kalau Arwah ada di rumah. Dikejarnya Uichi dari rumah kawan-kawan sebab leka bermain. Lambat balik rumah. 

"Jangan sampai burung mallas tubik baru nak balik rumah!" tegas abah. Burung Mallas rasanya merujuk kepada burung but-but dipanggil orang. Dibuat ubat urut sendi dan tulang.

Sepagi di surau, melihat pada kakak tersenguk-senguk di dinding surau sebegitu, teringat pada Arwah Abah. Arwah tinggalkan secebis kenangan untuk asar anak-anaknya menjadi baik. Sebagai dakwah dan ingatan. Sebagai turutan dan panduan.

"apa aku nak tinggalkan untuk anak-anakku?"

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►