Monday, September 10, 2012

"Allah Tidak Pernah Lupakan Aku"


Selepas hantar abang long ke sekolah, singgah sekejap ingin merasa cendol. Banyak nak komen pasal bisnes orang melayu terutama cendolnya tetapi bukan hari ini. Hari ini nak kongsi yang memori kekadang mampu membuat kita tersenyum dan sedih sekaligus memikirkan banyak perkara.

Dalam menghirup cendol kacang sebelum ke Masjid Puchong Perdana, tetiba air mata Uichi Gaban menitis. Semuanya kerana cendol yang Uichi Gaban sumpah seranah kerana sikap orang melayu sendiri. Dengan cara berniaga yang tak senyum sehingga intipati cendolnya. Kalau Cik Kak jual cendol nampak, mesti dia kata Uichi Gaban gaduh laki bini.

Sumpah seranah dalam hati itu memberikan satu kebaikan dalam jiwa ini apabila Allah SWT mengingatkan Uichi Gaban secara tiba-tiba kepada kata-kata seorang kawan.

Aku kira berniaga ni boleh la pakai 2-3 orang pembantu tetap. Demo tu makan gaji bulan. Aku makan lebih gaji demo tu. Demo tu kerja dengan aku boleh jugak pakai wira, aku masih dok gi mari dengan kancil buruk tu. Tapi biar tak kaya, aku masih boleh hidup sara anak bini aku. Allah bagi aku cukup makan je, tapi yang penting sehingga ke hari ini, ALLAH TIDAK PERNAH LUPA KAT AKU.

Sejauh mana kita boleh bersyukur?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►