Sememangnya komen yang diberikan YB Manoharan, ADUN Alam Shah pun tidak digemari Uichi Gaban yang turut mencemari situasi kehangatan sokongan nasional kepada sukan Malaysia.
Namun sebalik itu, Uichi Gaban lagi tidak gemar apabila pihak politik mengambil kesempatan atas dasar politik yang berbeza membuatkan YB Manoharan secara peribadi dihentam dalam mengambil kesempatan untuk menurunkan undi kepada pihak Pembangkang di Malaysia khususnya di Selangor. Itu pun tidak beretika.
Dalam isu ini, Uichi Gaban melihat komen dan tweet yang dibuat YB Manoharan boleh dilihat melampau atau negatif dari sudut semasa tetapi sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, ia ibarat sindiran kepada pihak berkenaan sukan di Malaysia dalam usaha melahirkan atlit mahupun ganjaran dan pentadbiran kewangan atas kejayaan yang tidak sepadan jka dibandingkan dengan peningkatan dan usaha negara lain dalam bidang sukan.
Apa yang disebut YB Manoharan tidaklah ekstrem berbanding sindiran Harian Metro 2 hari lepas yang mana memaparkan gaya latihan awal kepada atlit China dalam mencari kilauan emas selepas belasan tahun dilatih dalam bidang sukan berkenaan.
Pendek kata, jagoan China sukar dikalahkan melihat kepada sudut latihan mereka. Mereka kebal dan robot sukan sempurna yang dilahirkan China. Disindirkan Malaysia perlu buat perkara yang sama dengan China jika ingin berjaya.
Kita mungkin bukan negara komunis tetapi pelbagai jalan boleh dicipta dalam melahirkan robot sukan sekiranya kita mahu, bukan sekadar sekolah sukan dan gula-gula insentif yang tidak membawa sukan kita kemana-mana.
Mungkin semua rakyat Malaysia mampu berbangga sekiranya Malaysia mampu lahirkan ahli sukan yang mampu memiliki kemewahan dan jet peribadi sebagaimana di Eropah. Bukan sekadar menabur wang dan peningkatan tidak sekata dengan masa dan kos.
Bila agaknya?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..