Dahaga, singgah sebentar di gerai van mamak ditepi jalan. Macam biasa, cendol menjadi alasan. Sempat minum dalam seminit dua, cuaca jadi suram.
Hujan mula turun dan seorang pelanggan berbangsa India sudah pindah ke meja berpayung. Uichi Gaban diarahkan berbuat perkara yang sama. Hanya kami berdua pelanggan cendol masa tersebut.
Uichi Gaban menolak lembut sambil mendongak ke langit, "kejap sahaja hujan. tak sampai seminit" kata Uichi Gaban pasti. Muka mamak cendol agak terkilan atas kata-kata itu tetapi tidak sampai 30 saat, hujan berhenti tiba-tiba dan memperlihatkan wajah kehairan di muka mamak cendol.
Mungkin kehairan atas persoalan siapa Uichi Gaban. Mungkin persoalan bagaimana Uichi Gaban tahu hujan akan berhenti dalam masa singkat walaupun menunjukkan gaya hujan akan berlarutan. Apa pun tanggapan si mamak cendol masa itu, mungkin dia akan tersemat perkataan "this man is some-thing".. The Cendol Man.
Pengeluaran kata-kata mengenai hujan dan kebetulan tepat pada masa itu bukan merasakan bangga tetapi terus membawa hati Uichi Gaban ingatkan 2 individu dalam situasi yang sama. Arwah Datuk dan Abah Uichi Gaban.
Semasa kecil Uichi Gaban antara 'ekor' kepada Arwah Abah ke bendang. Dalam satu ketika semasa di baruh Arwah datuk, Abah masih leka dengan kerja-kerja sayur datuk di bendang tu. Kekadang disitu kami tanam padi, ada ditanam sayur. 2 rong lagi tanah baruh ditanam sayur sepanjang pengetahuan Uichi Gaban.
Uichi Gaban asyik leka melihat dan bermain air di telaga yang menjadi sumber air jirusan tanaman datuk dan Abah. Sesekali datuk berpesan agar lebih berhati-hati di situ.
Leka melihat air tenang itu, hujan mulai turun. Di situ tiada tempat berteduh kecuali pohon-pohon getah dan mangga rendang milik Makngah menjadi sandaran sementara. Uichi Gaban mula nak pasang langkah untuk lari untuk berlindung, datuk melarang.
"Tok soh dok lari la. meta sangat eh huje nyo (tak perlu lari dari hujan, kejap sahaja akan turun hujan)" kata datuk dengan penuh muka serius.
Abah memandang Uichi Gaban dari rong-rong kacang panjangnya. Mungkin dalam hatinya menyuruh Uichi Gaban ikuti apa dikata datuk.
"huje sikit nak lari, manjo (hujan sikit pun nak lari, manja)" sindir datuk.
Dalam 15 saat hujan renyai yang turun disebalik awan hitam itu berhenti. Uichi Gaban memandang langit dan muka datuk. Walaupun tak mesra dengan datuk sebagaimana mesra Uichi Gaban dengan Arwah Nenek, tetapi terpacul persoalan utama kepada arwah, "guano ya boleh tahu huje sementa (macamana tahu hujan akan turun kejap sahaja)". (tak berapa mesra kerana datuk agak dikenali garang dan lebih-lebih lagi dia guru mengaji Uichi Gaban yang asyik kena rotan)
Kata arwah datuk, semua Allah jadikan ada tandanya. Kenali tanda itu akan memberikan kelebihan dalam mengenal Allah dan kehebatan alam yang diciptanya. Katanya lagi perhatikan air tenang (telaga) itu. Perhatikan hala pergerakan awan bersama rasai angin dengan kulit kita. Bukankah hebat tanda Allah berikan. Uichi Gaban kena sekolah petang tu.
Apa pun, kata-kata arwah datuk merujuk kepada beberapa potong ayat Quran yang sering dibacakan kepada anak murid Quran beliau dalam bangsal belakang rumah arwah.
Al Fatihah dan doa agar diampunkan dosa arwah datuk, abah dan nenek Uichi Gaban. Terima kasih buat kalian dalam mengenali hidup.
2 komen:
kene banyak belajar lagi rahsia alam...
Orang tua duu dia suka perhatikan apa yg ada disekitar
Dah baca sila bagi sepatah kata..