Monday, August 8, 2011

Dia Hidup Atas Ehsan Gereja, Kita Yang Akan Masuk Neraka?


Bila ada cerita mengenai wanita dan anak-anaknya hidup atas ehsan wang gereja dan bantuan puak kristian, ramai yang melenting dan mencercanya. Namun apa yang lebih menarik untuk kita fikirkan ialah bagaimana birokrasi dan kerenah masyarakat Islam sendiri membuat loophole dalam menarik muslim kepada tauhid yang condong kepada kekufuran.

Zakat banyak. Derma beribu seminggu masjid dapat tetapi banyak mana bantuan kita laksanakan selain program mengarut dalam menghabiskan wang zakat dan derma itu. Tanpa kita sedari, pelaksanaan wang zakat dan derma dalam pentadbiran agama seperti masjid kepada golongan tidak bernasib baik hanya pada kulit. Tertakluk kepada musim dan jumlah tidak seberapa. Malah lebih kecewa tiada follow up dibuat kepada bantuan.

Kerenah birokrasi dan kesedaran maysrakat Islam sendiri dalam melaksanakan Islam dalam bentuk ehsan kepada sesama agama amat kurang tetapi lebih kepada gah semata-mata. Pembelaan kepada agama Islam dan muslim dilaksanakan tetapi sekadar kulit dan tiada usaha keras dan ikhlas dari sudut kasarnya.

Uichi Gaban pernah melihat dan berbual dengan orang bukan islam yang kaya sanggup turun membuat kerja-kerja kebajikan walaupun bukan atas anjuran persatuan agama tetapi cuba dibandingkan dengan orang muslim yang kebanyakannya jauh sekali ingin turun ke bawah untuk membantu dan menjana generasi muslim yang lebih baik kerana mereka agak berada. Yang berada ini hanya memikirkan keberadaan mereka dan masjid jarang disinggahi.

Sebelum ini Uichi Gaban sendiri ada menulis mengenai Fatimah Rabu. Baca dan kenali sikap dan sifat kita seelok mungkin kerana setiap kita ada tanggungjawab dan setiap tanggungjawab akan disoal Allah.

Orang akan bertanya; banyak sumber kewangan daripada sumber surau sehingga kepada badan peringkat negeri. Anda pernah melalui prosesnya?. Uichi Gaban akan sambung artikel ini dengan bagaimana Uichi Gaban pernah lalui pengalaman 'mengemis' RM20.00 daripada tabung masjid.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►