Sunday, July 3, 2011

Mohon Derma Untuk Madrasah Darul Iman (MDI), Kuala Terengganu


Untuk makluman semua, bahawa Uichi Gaban tiada apa jua kaitan mahupun kepentingan sosial dan politik termasuk kroni dan sebagainya dengan madrasah berkenaan. Cuma atas dasar melihat rayuan derma ini di Masjid Kota Damansara tadi, maka Uichi Gaban ambil peluang untuk sebarkan.

Mana tahu, anda sebagai orang yang mempunyai lebihan wang boleh menyalurkan sedikit sebanyak dalam melahirkan insan yang beragama baik daripada kita.

Mungkin kita berbeza politik dan pandangan sebab gambar penaungnya jelas di atas tetapi mohon difikirkan atas dasar Islam. Sekiranya kita tidak mampu melaksanakan, baik kita jangan memberikan halangan kepada mereka yang komited dalam membangunkan modal insan yang kuat dari sudut Islamnya. Sekurangnya mereka melaksanakan, Allah jua menentukan.

Dalam perkara lain, mungkin keberkatan dan ibadah derma anda akan membantu suatu hari kelak. Uchi Gaban ambil share dari jauh sebab sebarkan sahaja. Bab derma itu antara urusan sendiri.

Terima kasih atas masa anda.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►