Semenjak 2009, pihak kelab sentiasa menerima pertanyaan samada kelas khas dan persendirian ada dilakukan oleh pihak KSSG. Jawapannya ialah pihak kami ada mengadakan kelas sedemikian yang mana keahlian latihan adalah dalam kumpulan kecil tidak melebihi 6 orang (maksima) mahupun seorang (minima) sahaja.
Latihan yang diadakan dikendalikan dan boleh dipilih gurulatih berdasarkan hari latihan yang mana latihan adalah malam dan petang sahaja. Latihan berdasarkan jam latihan iaitu biasanya melibatkan 30 jam latihan kardio, stamina dan beladiri di bawah seorang gurulatih tetap bagi satu pakej latihan.
Latihan adalah secara persendirian dan diadakan secara tertutup. Tiada laporan dan aktiviti sedemikian akan dilaporkan secara terbuka atau direkodkan secara umum. Semua latihan adalah rahsia bagi keselesaan ahli latihan. Latihan hanya dibuka kepada orang awam yang tiada asas sahaja tetapi memerlukan latihan intensif atas beberapa sebab tertentu. Latihan kepada mereka yang ada asas senibeladiri atau latihan intensif tertentu, boleh rujuk kepada masa latihan biasa.
Antara penyertaan yang biasa diterima adalah bagi tujuan berkenaan:
- Meningkatkan keyakinan;
- Kuruskan badan;
- Aktiviti senaman dan menyihatkan tubuh;
- Menghilangkan dan mengurangkan tekanan (stress);
- Mempelajari asas senibeladiri dalam kaedah segera;
- Membaiki asas senibeladiri untuk kerjaya seperti pelakon;
KELAS KHAS & PERSENDIRIAN
GELANGGANG PUSAT KSSG, BANDAR PUSAT PUCHONG
HUBUNGI: 014-9933774
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..