Suka berpegang pada "rancangan Allah yang terbaik" apabila satu perkara tidak dipenuhi mahupun dikecewakan satu perkara yang lain. Dengan pegangan itu, kekadang Uichi Gaban menarik minat diri sendiri kepada bersangka baik dalam pelbagai sudut.
Minggu ini diberikan peluang melihat bagaimana warga kita sebelum subuh telah sedia bangun dan berada di hentian bas seawal 5.15 pagi. Subuh pun belum. Kebetulan Uichi Gaban awal sampai daripada Kota Bharu dan pemandu pula keliru antara masjid dan surau. Akhirnya perjalanan pagi Uichi Gaban bermula dari Stesen Bas ke masjid. Dengan bas. Tiada pembetulan di sini.
Awal sungguh bangun untuk kerja dengan menunggu bas kilang dan bas RapidKL. Subuh belum sempat. Yang pasti ketibaan mereka subuh telah luput. Kasihan melihat peluang rezeki mereka dikejar dalam masa yang sama tuntutan agama terpaksa menjadi kos lepas dalam ekonomi hidup mereka.
Mereka mempunyai peluang dan pilihan. Tetapi pilihan yang dipilih adalah subuh dijadikan kos lepas. Manakala dalam situasi yang lain, kita turut menjadikan situasi yang sama dengan mereka. Cuma bezanya tidak keluar seawal mereka kecuali meneruskan perjuangan tidur kita demi mengejar sedikit keselesaan mimpi.
Bila nak taubat ni!
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..